Wednesday, November 2, 2011

Aiman oh Aiman..

bulan ni memang sgt lembap nak update entri.
agak kesibukan dgn kerja.
tak sempat nak fikir ilham nak mengarang ayat pun.

quick update
si Aiman dah pandai buat ayat panjang
tapi tak berapa jelas masa Aiman sebut tu
tapi kalau kita duduk sebelah Aiman
boleh lah tangkap apa yang Aiman cakap
kalau tak jelas jugak suruh Aiman ulang balik
memang jangan harap dia nak ulang
Aiman cuma akan cakap sekali

"Aiman cakap apa tadi?"

Aiman senyap tak nak cakap dah

malam semalam Aiman tengah mintak ngemping
mama pun cakap

"Aiman suruh la abah buat susu"

"Abah, shushu nak. Aiman nak minum"

oh terkesima sekejap bila si Aiman keluar ayat macam tu
tapi takde lah ayat yang jelas sangat tapi boleh tangkap apa yang Aiman sebut tu

last week nenek dan atok singgah rumah sebab nak pergi ziarah rumah sedara kt Shah Alam
nenek report
"tau tak, Aiman duk mengira dari 1 sampai 10 tadi"
lepas nenek solat, Aiman duk mengendeng dengan nenek, main panjat-panjat
masa tu la Aiman duk mengira
mama tak pernah dengar Aiman kira sampai 10
setakat "1,2,3 lompat" ada la

Aiman ni bukan jenis peramah
kalau orang tanya soalan mana pernah jawab
buat dek je bila mama tanya
"kat rumah aiman makan apa?"..
aiman senyap
"Aiman main dengan siapa?"
Aiman senyap.
memang jenis berat mulut

tapi ada masa Aiman akan cakap sendiri
cakap sendiri
nyanyi sendiri
ada masa-masa tertentu mulut Aiman jadi becok

tengahari tadi dalam kereta
pasang radio, keluar lagu Alyah, Kisah Kita
hahahha tiba-tiba si Aiman ni nyanyi ikut lagu tu
ni bukan first time
tapi dah banyak kali
buka video birthday lagu Awan Nano, Aiman pun ikut nyanyi
sebut perkataan yang belakang-belakang je
kadang-kadang mama nyanyi-nyanyi dalam kereta ikut lagu
Aiman marah suruh senyap, sebab nak dengar lagu tu

notakaki: entri ni telah didraf pada hari Ahad lepas.. huhu

2 comments:

Cho Zila said...

ala umur cam giniler the best part kan....

YNA said...

alahai, chomeinyer budak bucuk nih! hihihi

Related Posts with Thumbnails