Aiman Tak Kisah.. part I

Mode: Aiman sedang tidur..


Sekarang masa yang mungkin agak sesuai untuk aku buat kronologi peristiwa penting dalam hidup aku pertama kalinya berlaku..

Nasib perancangan masa aku tepat..

Walaupun kadang-kadang perkara yang tak jangka mungkin akan berlaku..

Aku dah mula rancang cuti 2 minggu awal sebelum due date..

Hari Ahad: 7hb June 2009

Sampai rumah.. dapat makan durian dan pulut..

Cuma seulas dua je..

(Aku bukan penggemar durian.. ni gara-gara kununnya mengidam)

Petang aku sempat pergi bershopping beli kain baju raya kat Nagoya Tampin dengan adik dan acik..

Hari Isnin: 8hb June 2009

Pergi servis kereta Getz aku tuh.. dah 3 bulan tak servis..

Tak suka dengar bunyi enjin yang buruk itu..

Pergi buat tuning sekali..


Hari Selasa: 9hb June 2009

Aku pun tak ingat aku buat ape..

Tak buat pape kot..

Tolong mak masak je kot..

Hari Rabu: 10hb June 2009

Pagi pergi buat check up kat KK Hutan Percha..

Petang tolong mak bancuh adunan nak buat muffin..


Hari Khamis: 11hb June

En. A a.k.a abah’s Aiman balik Hutan Percha..

Bawak balik periuk kukus yang sangat besar..

Dan barang-barang yang tersenarai untuk dibawa balik..

Lepas makan tengahari tolong mak kukus muffin 300 biji..

Mee kari kena postponed masak sebab lauk tengahari pun tak luak lagi..

Malam pulak buat pemprosesan packing muffin, tampal sticker..

Masa hari ni pagi ni dah mula rasa tekak perit..

Petang dah mula rasa nak demam..

Malamnya memang demam.. dan makan ubat.. kebah sampai nak tido tu..


Jumaat : 12hb June 2009

Pagi masih rasa demam.. masa breakfast makan ubat lagi..

Dah berpeluh dan mula rasa kebah..

Masa tu mak dah duk asyik tanya pasal pergerakan baby..

Aku kurang rasa baby gerak.. (masa tu main agak-agak je)..

Mak dah suh gi klinik gi check..

Sebab aku demam and fetus reduce movement..

Memula ingat nak gi klinik private je..

Mak call KK Padang Sebang cari doctor..

Doktor pulak cuti..

Last-last call mane ntah cakap pegi KK Tampin ada doctor..

Maka terus la pergi ke situ..

Dari nak jumpa MO nak check demam..

Terus pergi jumpa MO untuk klinik ibu mengandung..

Buat ultrasound.. Nampak normal..

Tapi tak tau lagi heartbeat baby macam mana.. so kena buat CTG..

Terus refer kat Hospital Tampin..

Sampai Hospital Tampin.. ambil darah.. terus gi wad bersalin..

Untuk buat CTG..

Lastly semuanya normal..

Kesimpulan baby tak pape..

Cuma aku je yang demam..

Dapat la ubat demam..

Balik dari Hospital Tampin tu.. badan dah rasa kebah..

Petang tu masak mee kari..

Malamnya.. demam datang balik..

Dah tak larat nak telan panadol.

Masa nak tido badan rasa kebah balik..

Kesimpulannya aku akan rasa kebah dalam masa 5-6jam..

Lepas je effect ubat tu habis..

Aku demam balik

(kejadian macam ni pernah terjadi kat aku sampai suspek denggi tapi tak pon dan tangan aku terpaksa jadi mangsa kena cucuk banyak kali nak amik darah tapi tak dapat-dapat.. urat kecik sangat)


****

Bersambung..

dah panjang sangat lak aku tulis.. nanti tunggu part kat Hospital Melaka lak..

4 comments:

fadeeya said...

uiks ader sambungan..hehe ok. i'm waiting...
Byknyer benda best dlm sntry kali nie..muffins, durian ngan pulut..
adoi la..bestnyer

fadeeya said...

*entry

ch0ch01ic said...

azza,congratz.
tgh pantang pon sempat lg mem'belog' :)

asera said...

ok!kami tunggu ni.....