Tuesday, February 21, 2012

good news!

assalamualaikum.

dah sebulan tinggalkan blog tanpa entri.
alasan: takde mood nak menulis

kadang-kadang rasa nak tutup je blog ni
tp kadang-kadang rasa sayang pulak sebab banyak memori bila belek-belek entri yang lama-lama

sekarang ni saya baru 11 weeks (baru kira sebab tak ingat)
baru nak umum dalam blog sebab ms awal-awal tak berani nak habaq kt semua orang
sebab kot-kot kali ni tak menjadi macam yang tahun lepas
belum lagi buka buku sebab nak lepaskan minggu-minggu kritikal sampai 12 weeks
Alhamdullilah setakat ni takde apa-apa
InsyaAllah minggu depan pergi first check up

untuk first trimester ni memang selalu bloating
muntah-muntah juga masa 7-10 weeks kalau tak kena masanya
sekarang dah kurang cuma perut kadang-kadang masuk angin
bila masuk angin, mulalah takde selera nak makan, even bau pun tak boleh
aktiviti memasak tu memang rasanya kurang sangat-sangat sekarang
asyik tak lalu nak masak sebab mulut dan perut rasa tak sedap
kalau masak mesti rasa tak sedap
mungkin sebab mulut sendiri rasa tak sedap
jadinya malas nak masak sebab rasa tak sedap
hahahahah

kisah si abang Aiman pula
lepas baik demam seminggu masa awal tahun
Aiman dah mula jadi talkative
sampai mama dan abah tak larat nak jawab
soalan berulang-ulang
jawapan pun kena bagi berulang-ulang
semua benda ditanya , "APA?"
bukannya merungut sebab anak selalu tanya
tapi itulah ingatkan si Aiman ni pendiam
rupanya tidak

rasanya dah kena mula panggil Aiman dengan 'abang'
biar Aiman faham yang dia akan jadi abang dan akan ada adik
and of course ada masa-masa tertentu si Aiman ni manja terlebih
nak tahu, Aiman masih direct feeding dgn mama
susah betullah nak wean off
ingat hari tu dah ok lah tapi rupanya masih tak boleh
abahnya pun dah suggest suruh letak cili
ewah-ewah abahnya, sukahati pulak nak letak cili
tak pasal anaknya pijar, bukan anak je, dengan mamanya sekali la pijar

masa awal-awal tu takut juga nak bagi BF sebab mitos-mitos cakap takut miscarriage terjadi
tapi alhamdullilah takde pape, lagipun si Aiman ni cuma melepaskan gian
mamanya je la yang penat sebab nak menampung berat badan Aiman yang dah berat ni
ada kalanya juga, si Aiman ni manja terlebih dgn abahnya
malam semalam makan pisang bersuap bagai dgn abah
yang si Aiman pulak baring-baring sambil main hp, langsung tak nak pegang pisang tu
abah pun cakap Aiman macam raja! hahaha

oklah untuk entri pendek kali ini.

Wednesday, January 18, 2012

copy and paste

satu hari
kakak Arissa umur 6 tahun panggil saya
"Bibik Aja".
Aiman berdiri sebelah tiba-tiba panggil saya
"Bibik Aja"

Semua panggil Arissa dengan panggilan nama
Aiman pun bila tanya..
"Mana Arissa?"
Dah hilang perkataan Kakak dekat depan tu.
Then kena remind dekat Aiman panggil kakak Arissa

Sekarang memang fasa copy and paste
so kena berhati-hati bila berkata-kata dan perlakuan
takut si Aiman ni mengikut

tapi risau juga kalau dari pengaruh luar
pengaruh kawan-kawan dan orang keliling yang kita sendiri tak boleh nak kawal
rasa bila je dengar bad words nak je terus tutup telinga Aiman jangan bagi dengar

malam tadi saya tidur awal tapi tidur-tidur ayam sebab si Aiman masih belum tidur
macam-macam mintak
pukul 11 malam mintak keropok ikan yang belum digoreng
saya minta abahnya yang gorengkan
saya yang sedang baring tidur antara sedar dan tak sedar
"mama, nah makan kopok"
sesukahati Aiman kejut mama suruh makan kopok
tapi saya ambil dan makan sambil baring dan mata tertutup
entah berapa banyak keropok dah masuk dalam mulut saya
end up, perut saya masuk angin sebab saya dalam fasa bloating sekarang

sekarang ni saya sedang dalam proses wean off BF dgn Aiman
saya mmg pakai asam jawa sebab yang lain tak jalan
so far, Alhamdullilah dia lupa mintak
tapi minggu ni bila terjaga tidur tengah malam Aiman mintak
saya malas nak bagi Aiman mengamuk dan saya pun sememangnya dah tak larat nak layan amukkannya
bagi jugalah untuk lepaskan gian Aiman tu
hoepfully semuanya berjalan lancar

sekarang dah nampak peningkatan Aiman dengan vocab
yang pasti dia memang terer bab vocab-vocab animals
latest, vocab color..
yellow - yeyo
blue - blue
orange -orange
green - grin
dan saya perasan bila saya ajar sebut dia tak ikut tp dia simpan dalam memori
dan tiba satu hari nanti dia akan sebut perkataan tu semula secara tiba-tiba
Aiman sekarang dah mula jadi ramah
non-stop talking especially bila tgk youtube..

"oh..oh.. train jatuh"
"oh..oh.. train langgar"
teringat iklan raya Petronas bila anak asyik repeat soalan yang sama pasal burung
same goes to Aiman juga
Aiman keeps repeat same question such as
"Mane abah?"
 then "mane mama?" even mama depan mata
lepas tu ulang balik..
"mane abah?"
baru je berapa langkah keluar dari rumah pengasuh terus tanya
"mane ika?","mane ana?", "mane ammar?" ni semua kawan-kawan dkt rumah pengasuh

satu hari tu adalah ulang berpuluh-puluh kali soalan favourite Aiman
"mane abah?","mane mama?", "mane atok?", "mane nenek?", "mana wak?", "mane kakak?"
yang kelakar
"mane Aiman?"

notakaki: mahu masa cepat berjalan. risau untuk kali kedua.

Monday, January 9, 2012

entri lembab 2012

ini adalah entri lembab untuk tahun 2012
dah masuk 2 minggu baru nak update entri
tak sempat, tak kisah dan takde mood nak menulis.

apa yang berlaku hujung tahun lepas.
cabut gigi!
akhrinya gigi bongsu telah berjaya dioperate
dan selama seminggu muka aku macam sponge bob square pants akibat bengkak

tahun baru bermula dengan penuh miserable
Aiman demam masa dekat kampung
then melarat sampai ke Putrajaya
almost seminggu demam tak kebah
kalau demam saja takpe juga
tapi ni disusuli amukan-amukan maha hebat oleh Aiman
makanya dengan mama sekali jadi monster mengamuk
sebab mama pun tak larat, tak cukup tidur dan akhirnya demam Aiman berjangkit dengan mama

harapan mama supaya Aiman kurangkan drama air mata untuk tahun ni tak kesampaian
baru mula tahun baru, drama air mata mencurah-curah sampai badan kering tak cukup air

mula-mula mama bolehlah tahan, layankan je
tapi lama-lama mama pun tak tahan la sayang uiiii..
serius tak tahu nak buat apa
mama dah pujuk lemah lembut pun tak nak
mama pujuk suara jadi garau pun tak nak
pastu terpaksa pujuk dengan tapak tangan dekat bontot je la jawabnya.

kalau nak yang tu.. tu je la. tak boleh tolerate. nak dan dan tu jugak.
mama cakap sekejap nanti pun tak mau dengar.
abah aiman yang cool tu pun dah hilang cool

so Aiman tahun ni cepat-cepat Aiman jadi budak pandai
senang dengar cakap mama dan abah
kalau dah jadi budak baik, bolehlah jadi abang yang baik nanti

lepas ni NO T*T*K.. mama nak sapu buah peria..
sanggup ke tak nanti? hihi

pagi-pagi pergi rumah Mak Yati jangan ngamuk-ngamuk lagi
kalau ngamuk, mama hantar aiman pergi taska je la
mana tahu kot hilang ngamuk pagi-pagi tu..

kalau tak hilang ngamuk Aiman tu, mama yang jadi amuk..

bersabar je lah wahai hati.

nota kaki: cepatlah Aiman jadi budak besar, supaya senang faham apa mama tulis ni.

Monday, December 26, 2011

Tuna Tortilla Wrap

Jumaat lepas beli tortilla di Cold Storage sebab teringat Full Pocket KFC
terasa nak buat sendiri je kat rumah

Hari ni baru nak try buat
Guna tuna instead ayam sebab ayam beku lagi
So buat filling tortilla dengan apa yang ada saja


Bahan-bahan:
1/2 biji Bawang kuning - dipotong dadu
1 biji Bawang puting - dicincang halus
1/2 biji Capsicum - potong dadu
1 tin tuna (saya guna spicy tuna)
1 biji telur
Daun salad
Mayonis
3 keping tortilla

Cara-cara:
1. Satu sudu margerin atau planta dipanaskan
2. Tumis bawang kuning dan bawang putih
3. Dah wangi masukkan capsicum pula
4. Then masukkan tuna, gaul rata
5. Ketepikan sikit tuna di dalam kuali, masukkan telur di tepi. Jangan gaulkan dulu telur dgn tuna
6. Telur dah masak separuh, baru gaulkan dgn adunan tuna tadi.
7. Tortilla dipanaskan atas kuali atau bakar dalam oven atau microwave tanpa guna minyak
8. Angkat tortilla, sapukan mayonis terlebih dahulu
9. Letakkan daun salad, kemudian baru adunan tuna. Then gulungkan tortilaa. (Saya gulung biasa je). Disebabkan tuna dan mayonis melembabkan kulit tortilla, so kulit tortilla  melekat.

Tinggal lagi seminggu nak masuk 2012. Dah lama tak menulis entri. Tunggu ilham, masa dan mood yang sesuai.

Sunday, December 18, 2011

Mee Rebus Tulang

ni cubaan kali kedua buat Mee Rebus Tulang
pertama kali buat sebelum ni ikut panduan internet dan dari emak
kalau resepi dari mr.google memang banyak resepi
macam-macam style
tapi aku ikut resepi yang simple je
janji ada rasa ala-ala mee rebus versi mak punya

refer resepi dari sini
http://denhaag-ladies.fotopages.com/?entry=1367158
tapi aku ada juga buat modifikasi ikut selera sendiri
so ni resepi yang aku buat..

Mee Rebus Tulang versi omak den. Bahan-bahan hiasan guna mana yang ada je ..
Bahan-bahan:

Bahan-bahan tumisan:
30 tangkai cili kering (nk lg pedas boleh tambah)
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih

Bahan-bahan lain:
Sos tomato/ buah tomato
Gula
Garam

Bahan-bahan rebusan:
1 kg tulang daging
(aku guna 1/2 kilo tulang + 1/2 kilo isi daging)
Halia
Sup bunjut
1 kg ubi keledek
(aku guna dalam 3 biji saiz sederhana)

Bahan-bahan hiasan:
Mee kuning
Telur
Tauhu
Taugeh
Sawi
Cili merah/hijau
Limau kasturi
Daun sup+daun bawang

Cara-cara.
1. First of all, rebus tulang dan daging hingga empuk. Masukkan halia dan sup bunjut( Aku rebus malam sebelum dan sambung rebus sebelah pagi pula sebab nak pastikan betul-betul empuk.)
2. Rebus ubi keledek sampai empuk dan kemudian lenyekkan atau blend. Masa blend boleh tambah air rebusan air daging tadi.
3. Cili kering dibersihkan dan direbus hingga lembut terlebih dahulu. Kemudian blend semua bahan-bahan tumisan sekali dengan ciil kering yang dah direbus tadi.
4. Tumiskan bahan tumisan tadi hingga pecah minyak dan naik wangi.
5. Kemudian masukkan ubi keledek yang dah dilenyek/blend. Kalau pekat boleh tambah air.
6. Didihkan kuah dan masukkan garam, gula dan sos tomato secukup rasa
7. Masukkan rebusan tulang dan daging. Didihkan kuah.
8. Sediakan bahan-bahan hiasan.
9. Sawi dan taugeh dicelurkan. Telur direbus. Tauhu digoreng. Cili, daun bawang+sup dihiris.
10. Hidangkan mee kuning bersama bahan-bahan hiasan dan kuah tadi.
11. Siap!

Thursday, December 8, 2011

mood bahagia hilang di pagi hari

hari ini seperti yang dijanjikan
aku pergi awal ke hospital tapi hampir pukul 8.00 juga
nasib ada parking yang available walaupun terkebelakang sikit
ok lah daripada aku kena menapak dari parking depan station ERL tu.

mood bahagia sebab dapat parking
mood bahagia sebab dapat nombor giliran belum cecah nombor ratusan
tunggu dalam 20 minit, dah kena panggil ke kaunter

mood bahagia bila pergi kaunter klinik pakar
cuma ada 2 buku appointment termasuk aku

tiba-tiba mood bahagia hilang
bila receiptionist cakap
"Puan, hari ni kita set appointment dulu"
aku terpinga.. doktor tak nak tengok dulu ke gigi aku ni
busuk sangat ke gigi aku ni
tengok keliling.. patient lain takde pun
"Puan, 19hb puan datang balik"
"Dah habis ni? Saya dah boleh balik?!"
"Yer, set appointment je"

Buang masa aku je datang pagi, bersabar tunggu giliran
semata nak set appointment je
baik call cakap bila leh datang terus check
tau tak korang buang masa aku
buang duit minyak aku walaupun rumah ngan hospital tu sekangkang kera je

ni prosedur apa ni? di buatnya kalau patient tu datang jauh-jauh
tup.tup. sampai kat kaunter kau cuma nak set appointment je
nak kutuk lebih kang.. majikan kita sama tapi tolonglah up korang punya service
boleh tak jangan birokrasi.. proses kerja yang remeh-temeh tu buang la
mudahkan kerja.. tak payah nak ulang-ulang proses kerja yang sama
masalah ni melibatkan orang awam

mode: PMS tak habis-habis lagi.

Wednesday, December 7, 2011

gigi dan amarah

part I: gigi
hari ni masuk ofis lambat sebabnya gedik pergi klinik
"mengandung ke?" soalan standard orang tanya pergi klinik
mak tengah bulan mengambang yer uollsss.. takde maknanyerrr
aku gi klinik gigi.. saja-saja nak check gigi
tak sakit tapi sebab aku nak cabut gigi bongsu aku yang salah tumbuh
yang menyebabkan ada ruang kosong antara celah gigi
and of course bertahun-tahun aku bersabar melayan korek gigi bila makanan terselit
huduh giler okehh..

doc gigi: gigi you ok. you kena jaga, gosok and make sure takde makanan selit dkt situ
aku: it's very uncomfortable la doktor. saya nak cabut juga
doc: ok. then i refer you to pakar. gigi you tak boleh cabut but operate dekat hospital
aku: ok. thank you doc.
cehh.. macam berani kan walaupun dengar perkataan operate tu.. gasaklah.. of course kena bius dulukan.kan.kan.

lepas klinik, gigih pergi hospital pulak
tapi dah time pukul 9.00 pagi memang sah-sah parking takde dan nombor giliran sampai beratus-ratus
parking dekat tepi jalan besar, berjalan masuk ke hospital dengan sandal.. *ketak..ketuk..ketak..ketuk* bunyi
adalah lebih kurang 200m.. peluh ketiak weh.

tanya dekat info kaunter, ingatkan kot-kot leh skip dari ambil nombor kat kaunter
rupanya tidak yer kawan-kawan.. harus tunggu giliran di kaunter pertama
kemudia kena tunggu pulak dekat kaunter klinik pakar
makanya memang aku cabut balik pergi office
mahu sehari suntuk tunggu.. kesimpulannya esok pagi-pagi pukul 7 aku pacak depan hospital

part II: amarah

sedang aku tulis ni, perasaan amarah tu dah 0.09% walaupun masih ada sisa saki baki marah tu
aku nak cakap je aku marah..
sebab apa aku marah aku malas nak tulis..
aku dah lepas marah semalam dekat en.suami..
tapi tak tahu lah tengok en.suami buat dek je..
buat macam tak kisah je..
aishhh geramnya!!
bukan sekali tau, dah 2,3 kali juga aku bagitau dekat en.suami..
en.suami tak buat pape pun tindakan pape..
nasib lah aku masih ler sabar or buat bodoh je..
kalau aku jenis mulut laser, memang aku dah sound sendiri je..

kalau anak aku memang aku dah balun dengan rotan..
tapi sebab anak orang lain yang ada mak bapak sendiri..
takkan nak memandai aku balun pulak..
kang tak pasal sejarah berulang..



pening.pening.
STRESS!

mode: PMS.sekian.
Related Posts with Thumbnails